Pages

Tuesday, March 6, 2012

Terjumpa barang nak buat macam mana?

Soalan : Saya lalu di satu lorong, tiba - tiba saya terpijak duit Rm100.Kira rezki terpijak lah ni.Nak buat macam mana.Boleh tak saya ambil duit tersebut dan guna duit tersebut?

Jawapan : Boleh ambil kalau rasa diri akan amanah atau takut duit tu hilang ditiup angin dan sebagainya.Kemudian, perlu di uar - uarkan di tempat - tempat umum, cari siapa pemilik barang tersebut.Jika tiada, boleh kita gunakan duit tersebut.Sekiranya satu hari, tiba - tiba tuan punya duit datang mencari kita dan menuntut duit tersebut, wajib kita pulangkan/ganti rugi.


Monday, March 5, 2012

Beza ikhtilat dan khalwat dan hukumnya

Soalan : Ustaz, apakah beza di antara ikhtilat dan khalwat?
Jawapan : Ikhtilat percampuran di kawasan umum.Berdosa jika membawa fitnah seperti menyentuh,melihat dll.
Khalwat pula lebih khusus, dilakukan di tempat tertutup.Berdosa melakukannya sama ada membawa fitnah atau pun tidak.

Rujukan : Sheikh Salim Al Khatib, tenaga pengajar di Masjid Al Azhar Assyarif.